Keputusan telah diumumkan. Semakan penempatan Tahun 1 / Darjah 1 Sesi 2027 dibuka 1 hingga 31 Ogos 2026 melalui portal idMe. Panduan lengkap cara semak keputusan, membuat Perakuan Online, dan langkah rayuan jika anak anda tidak mendapat sekolah pilihan.
WAJIB: Buat Perakuan Online Sebelum 31 Ogos 2026
Semua ibu bapa — walaupun anda berpuas hati dengan sekolah yang ditawarkan — wajib membuat Pengesahan Penempatan (Perakuan Online) dalam sistem idMe sebelum 31 Ogos 2026. Tempoh yang sama juga digunakan untuk menghantar rayuan.
Jangan terlepas tarikh. Dapatkan peringatan percuma + senarai semak dokumen ke e-mel anda.
Percuma. Berhenti langgan bila-bila masa.
Semakan penempatan Tahun 1 adalah proses di mana ibu bapa boleh menyemak keputusan sekolah yang ditetapkan untuk anak mereka bagi sesi persekolahan baharu. Bagi Sesi 2027, keputusan boleh disemak melalui portal IDME MOE Malaysia bermula 1 Ogos hingga 31 Ogos 2026.
Penempatan sekolah ditentukan oleh sistem KPM berdasarkan beberapa faktor termasuk jarak rumah ke sekolah, kapasiti sekolah, dan pilihan sekolah yang dinyatakan semasa pendaftaran Tahun 1.
Jika anda tidak berpuas hati dengan penempatan yang diberikan, anda boleh membuat rayuan penempatan dalam tempoh yang ditetapkan selepas keputusan diumumkan.
Langkah anda bergantung pada keputusan yang diterima. Pilih situasi anda:
Layari idme.moe.gov.my menggunakan pelayar web pada komputer atau telefon pintar anda.
Masukkan nombor MyKad ibu/bapa dan kata laluan akaun IDME anda. Jika belum ada akaun, daftar dahulu melalui panduan Cara Daftar IDME.
Selepas log masuk, cari dan klik menu 'Penempatan Murid', 'Semakan Penempatan', atau 'Keputusan Penempatan' pada dashboard anda.
Jika anda mempunyai lebih daripada seorang anak, pilih nama anak yang ingin disemak penempatan Tahun 1 nya.
Keputusan penempatan akan dipaparkan. Catat atau cetak maklumat sekolah yang ditetapkan untuk rujukan pendaftaran di sekolah.
Baca panduan lengkap cara membuat rayuan penempatan Tahun 1, dokumen yang diperlukan, dan sebab-sebab yang boleh diterima.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2027
Panduan lengkap pendaftaran murid Tahun 1 termasuk kohort 5+ baharu.
Rayuan Penempatan Tahun 1
Cara buat rayuan, dokumen diperlukan, dan sebab yang boleh diterima.
Cara Daftar IDME MOE
Langkah-langkah mendaftar akaun IDME untuk ibu bapa baharu.
Cara Kemaskini Maklumat IDME
Panduan mengemaskini maklumat peribadi dalam sistem IDME.
Rayuan penempatan dibuat secara online dalam idMe dan tempohnya terhad. Semak peluang rayuan anda secara percuma, atau dapatkan panduan lengkap memilih sebab rayuan terkuat dan dokumen sokongan yang diperlukan.